Wednesday, February 18, 2009

ACARA TARIK TALI





NUR SEJAHTERA


MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA PARLIMEN 208 SARIKEI DENGAN KERJASAMA LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA(LPPKN) TELAH MENGANJURKAN PROGRAM NUR SEJAHTERA PADA 17HB FEBRUARI YANG LEPAS.PROGRAM INI TELAH DIRASMIKAN OLEH PN CHUMANG AK NYAMBONG WAKIL PEGAWAI DAERAH MERADONG DISAKSIKAN OLEH ENCIK JIMBAU MUNGGAT PEMANGKU PENGARAH LEMBAGA PENDUDUK PEMBANGUNAN DAN KELUARGA NEGARA(LPPKN), NEGERI SARAWAK DAN KR. WAN SHAHRUM SHEH SALIM PENGERUSI MPWK P.208 SARIKEI.CERAMAH KANSER PANGKAL RAHIM DAN CARA MENANGANI KANSER PANGKAL RAHIM TELAH DISAMPAIKAN OLEH DR.HAESYANTI DARI KLINIK KESIHATAN SARIKEI.SELAIN ITU, PENGAMBILAN PAP SMEAR SERTA SESI TUNJUK AJAR PENGESANAN KANSER PAYUDARA JUGA TELAH DIADAKAN.







PESTA LIMAU...14HB HINGGA 21HB FEBRUARI 2009


SALAM SEJAHTERA BUAT WARGA BINTANGOR...
MALAM 14HB FEBRUARI YANG LALU, KITA WARGA BINTANGOR AMAT BERBANGGA KERANA MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN 45 TAHUN SARAWAK MAJU DALAM MALAYSIA PERINGKAT DAERAH MERADONG DI BINTANGOR INI. MAJLIS INI DIRASMIKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO SRI HAJI MOHD ASFIA BIN HJ AWANG NASSAR, SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI DSARAWAK MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N.36 SEMOP. TURUT SERTA DALAM ACARA INI IALAH YANG BERHORMAT PN. HAJJAH NORAH (PARLIMEN P.206 TANJUNG MANIS) SERTA YANG BERHORMAT EN. DING KUONG HIING (PARLIMEN P.208 SARIKEI).





Friday, January 23, 2009

PROGRAM SELINGKAR KASIH



Program Selingkar Kasih telah diadakan pada 17 Januari 2009 mulai jam 0800 pagi hinggan 1.00 petang bertempat di Dewan Perdana, SK abang Amin, Bintangor. Ia merupakan program pertama yang diadakan untuk tahun baru ini iaitu 2009. Program ini dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen 208 Sarikei dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini telah dihadiri hampir 300 penduduk yang terdiri daripada kaum ibu,bapa dan kanak-kanak.Ceramah kekeluargaan yang bertajuk Tanggungjawab dan peranan keharmonian keluarga telah disampaikan oleh Pensyarah Institut Perguruan Rajang iaitu Encik Abdul Hadi Ishak. Selain itu, acara senaman aerobik dan pertandingan poco-poco turut diadakan.









PROGRAM JARI JEMARI KREATIF



Jabatan KEMAS Bahagian Sarikei (P208) telah menganjurkan Program Jari Jemari Kreatif Demonstrasi Jahitan di Bengkel Jahitan KEMAS, Bangunan Masjid Lama, Jalan Abang Amin, Bintangor, Meradong pada 24 Disember 2008 yang lalu. Demonstrasi ini adalah bertujuan untuk member pengtahuan asas dan kemahiran kepada masyarakat luar Bandar terutama kaum wanita serta kaum ibu, dimana diharap program ini dapat memupuk minat masyarakat luar Bandar dalam bidang jahitan serta menjadikan ia sebagai sumber untuk menambah pendapatan sampingan. Program ini dijalankan dengan penuh dedikasi oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita dan ibu sekitar kawasan kampong Bintangor dan diselia oleh Penyelia Pendidikan Masyarakat iaitu Pn Rodiah Bt Mohd Sharee serta tenaga pengajar iaitu Pemaju Masyarakat PK-Jahitan sendiri Pn Hamjidah Bt Hj Abang Skawi.



SESI DIALOG KETUA POLIS, PEGAWAI DAERAH DAN RELA


Pada 16 Disember 2008 lalu, telah diadakan SESI DIALOG BERSAMA KETUA POLIS DAERAH , PEGAWAI DAERAH DAN KETUA PEGAWAI RELA BAHAGIAN MERADONG. Sesi yang diadakan ini disertai oleh ahli-ahli RELA serta pegawai polis yang lain. DSP Mohd Hafifi bin Mohd Salim yang merupakan Ketua Polis yang baru bertugas di Balai Polis Bintangor ini diperkenalkan dengan semua yang hadir.Antara diperkatakan pada sesi ini ialah kerjasama antara pihak Polis dan RELA dalam menjaga keamanan di kawasan Bintangor ini.Pertubuhan RELA haruslah sentiasa bersiap sedia untuk member sumbangan kepada masyarakat di dalam menjaga keamana Negara. Seramai 2,088 ahli RELA terdapat di kawasan Bintangor serta Meradong. Oleh itu,walaupun tidak memakai uniform ahli RELA tetap dikira bertugas bila bantuan diperlukan serta siap sedia dipanggil untuk membantu pihak Polis semasa rondaan, kawalan dan tangkapan.