Friday, January 23, 2009

PROGRAM JARI JEMARI KREATIF



Jabatan KEMAS Bahagian Sarikei (P208) telah menganjurkan Program Jari Jemari Kreatif Demonstrasi Jahitan di Bengkel Jahitan KEMAS, Bangunan Masjid Lama, Jalan Abang Amin, Bintangor, Meradong pada 24 Disember 2008 yang lalu. Demonstrasi ini adalah bertujuan untuk member pengtahuan asas dan kemahiran kepada masyarakat luar Bandar terutama kaum wanita serta kaum ibu, dimana diharap program ini dapat memupuk minat masyarakat luar Bandar dalam bidang jahitan serta menjadikan ia sebagai sumber untuk menambah pendapatan sampingan. Program ini dijalankan dengan penuh dedikasi oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita dan ibu sekitar kawasan kampong Bintangor dan diselia oleh Penyelia Pendidikan Masyarakat iaitu Pn Rodiah Bt Mohd Sharee serta tenaga pengajar iaitu Pemaju Masyarakat PK-Jahitan sendiri Pn Hamjidah Bt Hj Abang Skawi.



SESI DIALOG KETUA POLIS, PEGAWAI DAERAH DAN RELA


Pada 16 Disember 2008 lalu, telah diadakan SESI DIALOG BERSAMA KETUA POLIS DAERAH , PEGAWAI DAERAH DAN KETUA PEGAWAI RELA BAHAGIAN MERADONG. Sesi yang diadakan ini disertai oleh ahli-ahli RELA serta pegawai polis yang lain. DSP Mohd Hafifi bin Mohd Salim yang merupakan Ketua Polis yang baru bertugas di Balai Polis Bintangor ini diperkenalkan dengan semua yang hadir.Antara diperkatakan pada sesi ini ialah kerjasama antara pihak Polis dan RELA dalam menjaga keamanan di kawasan Bintangor ini.Pertubuhan RELA haruslah sentiasa bersiap sedia untuk member sumbangan kepada masyarakat di dalam menjaga keamana Negara. Seramai 2,088 ahli RELA terdapat di kawasan Bintangor serta Meradong. Oleh itu,walaupun tidak memakai uniform ahli RELA tetap dikira bertugas bila bantuan diperlukan serta siap sedia dipanggil untuk membantu pihak Polis semasa rondaan, kawalan dan tangkapan.


Saturday, December 13, 2008

Keceriaan PPIK


Sementara menungu kehadiran kumpulan HCME untuk memasang internet di PPIK Bintangor, saya dan ahli AJK Kelab PPIK telah bersama-sama mengemas dan menceriakan suasana di PPIK ini. Selain itu, promosi untuk kemasukan ahli Kelab PPIK juga telah diadakan secara kecil-kecilan.

Monday, November 17, 2008


Aktiviti Mengenal komuniti oleh belia


Ada lagi bangunan kat hujung nie...

Kita lakar dulu lah yea...


Tuesday, November 11, 2008

Aktiviti Mengenal Desa (Peta Desa)

Pada 28 Oktober 2008, saya telah mengadakan aktiviti mengenal desa bersama dengan komuniti. Untuk aktiviti peta desa ini, saya telah mengumpul dalam 10 orang pelajar sekolah rendah untuk turut serta dalam kegiatan ini. Oleh kerana ini pertama kali mengadakan aktiviti ini bersama2, saya pun meminta mereka untuk membuat peta desa utk kawasan kampung yang pasti mereka tahu. Kerjasama yang mereka berikan adalah amat memberangsangkan.

Monday, November 10, 2008

Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera buat semua...

Kami Penyelia Pusat dr Sabah dan Sarawak telah menyertai Kursus Peningkatan Kapasiti Penyelia Pusat PPIK di Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah pada 5-7hb November yang lepas. Kursus ini bukan saja meningkatkan kapasiti penyelia malah juga mengeratkan hubungan antara penyelia2 yang hadir pada masa ini. Diharap semua Penyelia Pusat dapat bekerjasama antara satu sama lain...Bak kata orang..

Berat Sama Dipikul,
Ringan Sama dijinjing...