Perjalanan yang memakan masa setengah jam dari Sarikei menemukan kita kepada Bandar Binatang, ataupun nama barunya Bandar Bintangor. Ada dua jalan alternatif untuk sampai ke pekan ini iaitu dengan menggunakan Feri Nyelong yang kini telah diganti dengan Jambatan Nyelong atau menggunakan jalan darat yang mungkin agak jauh sedikit.
Nama Bintangor diambil sempena nama sejenis pokok yang banyak didapati di bandar ini. Pokok Bintangor atau nama saintifiknya, calophyllum lanigerum yang dipercayai boleh menjadi penawar dan menjadi ubat kepada penyakit AIDS. Pokok calophyllum lanigerum dikateogorikan dalam kelompok Clusiaceae dan ia mempunyai antara 180 ke 200 spesis. Bintangor boleh tumbuh di mana- mana sahaja daripada lereng bukit sehinggalah ke tanah rendah.
Limau Adalah Maskot BintangorKeistimewaan Bintangor ialah kerana mempunyai penduduk- penduduk yang ramah dan masih menjadikan basikal sebagai kemudahan untuk bergerak. Pengunjung- pengunjung akan dapat melihat penduduk seusia kanak-kanak, remaja, dan golongan berusia mengayuh basikal. Tenang, itulah gambaran kepada suasana Bintangor. Limau Bintangor cukup terkenal di Sarawak. Limau masam manis adalah limau yang sentiasa menjadi tarikan kepada penggemar buah limau di Sarawak. Oleh kerana itu, limau akhirnya dijadikan sebagai maskot Bandar Bintangor.
No comments:
Post a Comment