Friday, January 23, 2009

PROGRAM JARI JEMARI KREATIF



Jabatan KEMAS Bahagian Sarikei (P208) telah menganjurkan Program Jari Jemari Kreatif Demonstrasi Jahitan di Bengkel Jahitan KEMAS, Bangunan Masjid Lama, Jalan Abang Amin, Bintangor, Meradong pada 24 Disember 2008 yang lalu. Demonstrasi ini adalah bertujuan untuk member pengtahuan asas dan kemahiran kepada masyarakat luar Bandar terutama kaum wanita serta kaum ibu, dimana diharap program ini dapat memupuk minat masyarakat luar Bandar dalam bidang jahitan serta menjadikan ia sebagai sumber untuk menambah pendapatan sampingan. Program ini dijalankan dengan penuh dedikasi oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita dan ibu sekitar kawasan kampong Bintangor dan diselia oleh Penyelia Pendidikan Masyarakat iaitu Pn Rodiah Bt Mohd Sharee serta tenaga pengajar iaitu Pemaju Masyarakat PK-Jahitan sendiri Pn Hamjidah Bt Hj Abang Skawi.



No comments: