Friday, January 23, 2009

PROGRAM SELINGKAR KASIH



Program Selingkar Kasih telah diadakan pada 17 Januari 2009 mulai jam 0800 pagi hinggan 1.00 petang bertempat di Dewan Perdana, SK abang Amin, Bintangor. Ia merupakan program pertama yang diadakan untuk tahun baru ini iaitu 2009. Program ini dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen 208 Sarikei dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini telah dihadiri hampir 300 penduduk yang terdiri daripada kaum ibu,bapa dan kanak-kanak.Ceramah kekeluargaan yang bertajuk Tanggungjawab dan peranan keharmonian keluarga telah disampaikan oleh Pensyarah Institut Perguruan Rajang iaitu Encik Abdul Hadi Ishak. Selain itu, acara senaman aerobik dan pertandingan poco-poco turut diadakan.









No comments: