Friday, January 23, 2009

SESI DIALOG KETUA POLIS, PEGAWAI DAERAH DAN RELA


Pada 16 Disember 2008 lalu, telah diadakan SESI DIALOG BERSAMA KETUA POLIS DAERAH , PEGAWAI DAERAH DAN KETUA PEGAWAI RELA BAHAGIAN MERADONG. Sesi yang diadakan ini disertai oleh ahli-ahli RELA serta pegawai polis yang lain. DSP Mohd Hafifi bin Mohd Salim yang merupakan Ketua Polis yang baru bertugas di Balai Polis Bintangor ini diperkenalkan dengan semua yang hadir.Antara diperkatakan pada sesi ini ialah kerjasama antara pihak Polis dan RELA dalam menjaga keamanan di kawasan Bintangor ini.Pertubuhan RELA haruslah sentiasa bersiap sedia untuk member sumbangan kepada masyarakat di dalam menjaga keamana Negara. Seramai 2,088 ahli RELA terdapat di kawasan Bintangor serta Meradong. Oleh itu,walaupun tidak memakai uniform ahli RELA tetap dikira bertugas bila bantuan diperlukan serta siap sedia dipanggil untuk membantu pihak Polis semasa rondaan, kawalan dan tangkapan.


No comments: